Thursday, 24 April 2014

CARA MENGHILANGKAN PANAU PALING BERKESAN !

CARA MENGHILANGKAN PANAU PALING BERKESAN !
Assalamualaikum wbt..
WAAHH!…akhirnya… aku menerbitkan post tentang cara-cara nak merawat panau setelah bertahun-tahun  berusaha untuk menghilangkan masalah panau kat muka aku nie!  hehe(over plak!)
Ya! aku salah seorang antara beribu orang yang menghadapi masalah panau nie. Siapa tak stress kan kalau ada KULAT yang degil kat muka tue! Sesiapa pun yang hadapi masalah panau ke, jerawat ke or apa-apa masalah kat muka mesti rasa malu sangat nak berdepan dengan orang ramai. MALU! lagi-lagi PEREMPUAN mcm aku nie..hehe..
DESPERATE sgt kan nk cari jalan penyelesaian 
Ok! berbalik pada topik di atas…
FORMULA UNTUK MERAWAT PANAU PALING BERKESAN ADALAH:
DAUN GELENGGANG dan BIO OIL
Straight je!!ni adalah cara yang paling terbaik. X TIPU!
Ceritanya begini..
Aku start kena panau nie masa kecik-kecik(agak darjah 6). Mula-mula tu tak rasa malu sangat. BUDAK la kata kan. Peduli apa org nak kata an. Kejap baik, kejap datang balik panau tu. Macam ada musim pulak..
Tapi bila dah kat sekolah menengah..bila orang asyik tegur muka aku ni ada panau..aku mula start rasa MALU! MALU! So, my mom  bagi la ubat panau yang ada kat farmasi tu. Macam-macam jenis ada. Sampai aku pun tak ingat berapa banyak jenis yang aku dah pakai. Kejap Ok. Kejap x Ok..sampai la aku masuk KOLEJ.
Wah, semakin aku membesar semakin degil lak panau nie nak hilang! Ni da melampau nie. X boleh jadi nie. Sampai la ada insan nie tegur..”Ala..muka comel tapi ada panau lak!”. Aiseh !! nie makin tak boleh di biarkn! haha perasan pulak 
Yang menjadi masalah sekarang nie. TAK DA satu pun ubat kat farmasi and hospital yang mampu mengubati atau menghilangkan masalah panau aku nie. Langsung tak da effect kat panau aku yang degil nie. Ish! kne start cari alternatif lain nie. So aku start buat research tak rasmi sendiri.
Dalam masa 3 tahun lebih aku kat kolej tu. Macam-macam aku cuba.. Semua ubat panau  kat farmasi yang paling latest  aku cuba. Bau mcm bawang putih pun ada. Tapi tak berkesan gak. Dalam masa tu jugak aku try untuk cari alternatif tradisional. Itu yang terakhir yang akan aku cuba.
Bila masuk semester terakhir aku kat kolej, panau aku makin naik lagi HEBAT! Ya allah,risaunya..Then aku pergi jumpe doktor kat hospital. After a few appointment, masalah panau aku tak ada perubahan..then, doctor suruh aku pergi direct to skin clinic sbb ubt yang dia bagi tak mampu bagi panau aku hilang. Masalahnya appointment dengan skin clinic tu lama lagi! nie tak boleh jadi nie!
Then aku decide guna ubat traditional.
Firstly..aku guna halia. Hari-hari aku tonyoh kat muka sebelum tidur. Pedih! tapi tak juga bagi panau aku hilang. aish! Adalah dekat sebulan aku guna tak ada effect langsung! Sampai satu masa muka aku yang baik baik tak ada jerawat, tumbuh JERAWAT pulak.. Trus REJECT!   .Aku tak cuba pun bawang putih sebab aku tak yakin langsung..huhu
Akhirnya ni adalah alternatif yang TERAKHIR.
1)Daun gelenggang

Sejujurnya sepanjang hayat aku, aku tak pernah perasan atau tahu wujudnya pokok nie. Aku ingat kan pokok jambu punya daun..huhu..rupanya BUKAN!. Aku balik kampung..aku mintak kat mama and ayah aku daun gelenggang. Nasib la my parents tahu daun tu nak cari kat mana. Hehe…senang keja den.. Description: :) Tapi bila aku dah jumpa daun tu, atok and ayah aku suruh aku pakai daun tu + MINYAK TANAH + BELERANG! ya allah punya la aku takut. Macam nak bakar muka aku je nie..  Then aku pun tumbuk daun gelenggang tu guna batu lesung. Aku mintak ayah aku beli minyak tanah je (seperti yang di syorkan dalam banyak blog) nak campur dengan daun nie. Tapi, end up ayah aku balik dengan minyak tanah and belerang. Ayooo….. Then ayah aku tolong campurkan daun gelenggang tu dengan minyak tanah and belerang sekali gus! tak ada pilihan lain aku pun terpaksa pakai la campuran daun tu tiap-tiap malam before tidur. Aku guna campuran tu selama 4 hari tiap-tiap malam before tidur. Aku sapu kat muka aku then aku biarkan kering then aku basuh sebulum nak tidur tue. Alhandullillah..muka aku rasa pedih!sakit! and macam terbakar!.. Menangis guna cara nie. Demi nak hilangkan panau punya pasal. Tawakal je la… Then masuk hari ke 4 muka aku dah start mengelupas! PERFECT time. Cuti da habis. Aku pergi posting dengan muka mengelupas..MALU MALU MALU.
2)Bio Oil

Disebabkan muka aku mengelupas,aku mintak mama aku beli BIO OIL..hehe (ikut petua dalam blog gak) Aku sapu bio oil nie hari-hari sampai skang sebab nak bagi warna kulit tu sekata dan supaya kulit aku mengelupas cepat-cepat sikit.  Tiap-tiap kali lepas mandi aku sapu bio oli nie. Before nak tido pun aku guna(basuh muka dulu). Bio oil nie best gler! Google la sendri nape aku kata bagus  tak rugi beli nie walaupun harga dia agak mahal.
Muka aku mengelupas selama seminggu kesan campuran daun gelenggang tue. Then dia OK . Bape minggu lepas tu NAIK BALIK! Hmm..ini kerana aku buat kerja separuh jalan. So jangan buat kerja separuh jalan!
Aku buat silap, aku pakai campuran daun gelenggang tu beberapa hari je. Maksud paling senang, panau tu baru je nak berlawan dengan daun gelenggang tu,tapi daun gelenggang da surrender. AIYAAAA..
Disebabkan aku dah balik KL, susah nak dapat daun gelenggang dan pokok daun gelenggang kat kampung aku kena tebang (sadis sungguh) aku terpaksa cari alternatif lain.  :)
3)Krim daun gelenggang

Fikir punya fikir, dapat la idea KRIM..hehe  :) Nak cari direct kat kedai memang SUSAH! kadang kadang yang ada cuma SABUN daun gelenggang. X MAU! Akhirnya aku jumpa!!. Ada seorang aunty tu dia jual KRIM nie. Mcm orang terdesak, aku cepat-cepat cari aunt tu untuk beli krim nie.. Fuh! akhirnya aku dapat! yeahhaaa.. 
guest what?
aku rasa macam pernah BAU krim nie. Tapi tak tahu kat mana. U know what, harga dia lagi murah dari ubat panau dekat farmasi yang harga berpuluh-puluh tu dan yang penting sangat MUJARAT bagi hilangkan panau aku yang degil tahap gaban nie!
So far, aku pakai alhamdullilah. In progress. Panau aku semakin hilang. Kne CONSISTENT! Aku pakai before tidur je.
Basuh muka dulu bersih-bersih, then apply bio oil kat muka. After that, baru letak krim nie..sapu kat area yang ada panau.Pakai hari-hari tau! :)  Inshaallah .. panau anda akan hilang. Ingat yer, jangan lah bubuh banyak-banyak pulak…sabar itu separuh dari  iman..  btw alhamdullilah aku dah tak ada masaalah panau hingga kini!!
Diingatkan.. nie semua depends pada diri korang macam mana korang berusaha nak ubat sesuatu penyakit tue. Tiada penyakit yang tak ada penawar kecuali MATI (wah,sempat lagi..). Panau ni memg  tak akan baik sampai bila-bila pun bagi sesiapa yang pernah kena panau. What u can do is prevent it. Aku ada gak terbaca pasal kononnya siapa yang tak jaga hygiene akan kena panau. For me, bukan sebab hygiene semata-mata, banyak lagi faktor lain. Contohnya ketahanan kulit korang, maybe kulit korang sensitive ke  .. jadi bila korang ada panau jangan korang rasa  pengotor pulak yer  dan make sure bila muka korang panas, jgn la sesekali biarkan setitis pun air atau benda sejuk  ada kat muka korang tue.. tak kisah la air mata ke, air cond ke, peluh ke. ELAK kan..based on my experience, panau tu memang akan naik balik.
ADA LAGI..
Usaha + Doa = Berjaya. (macam nak exam lak)

P/S: Kalau nak order KRIM DAUN GELENGGANG, boleh la contact 017-6076889 wassup,sms,call atau  SEBARANG PERTANYAArN atau MASAALAH, BOLEH COMMENT  , saya akan cuba untuk jawab soalan anda based on my experienced :)
OK BYE! slamat mencuba!
Assalamualaikum..

B

7 comments:

  1. Sya kena juga dptkan krim tu sebb bermcm mcm ubat farmsi sya beli tkde effect ponn , dah panau kcik kcik dekat muka belah kri dan kanan 😭 hmm

    ReplyDelete
  2. Owner ni ujut lagi x.. Nak tye jugak say ni kne panau ke x.. Bab lain macam gayenye.. Kang salah ubat lain pulak jdi nye

    ReplyDelete
  3. Sy dah cuba crim dan sabun tu,tp rasa mcm makin banyak panaunya..kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama.. Saya sapu kat blkg bdn anak sy xde pape pun. Makin btambah panau, ade la

      Delete
  4. Casino Finder - JamBase
    Casino Finder 군산 출장샵 - Find Casinos Near 영주 출장마사지 You, Find Slots, 광양 출장안마 Video Poker, Video Poker and 천안 출장마사지 get the closest casino access you can. 부산광역 출장샵 Use the current map to find the most

    ReplyDelete